SELOKA RAYA ABANG AD 2009
Alhamdulillah, Ramadhan dilengkapi Syawal pula menjelma
Insyaallah, bolehlah sama-sama menyambut raya
Puasa, terawih, zakat fitrah, sedekah jariah semua sempurna
Moga-moga Allah Taala berkati amalan kita.
Abang Ad sekeluarga macam dulu juga
Duduk tang tu tak pindah mana-mana
Rumah taklah elok cuma boleh tidur lena
Setakat makan minum cukuplah belanja
Hidup Abang Ad sekeluarga hanyalah sederhana.
Persiapan raya Abang Ad ikut adat sekeliling kita
Ketupat, rendang, kueh mueh ala-ala saja
Buat tetamu, kawan rakan menjamu selera
Makan tu bukan utama, yang penting terjalin rasa mesra.
Pakaian raya sedondon corak dan warna
Suami isteri anak pinak serupa belaka
Bukan niat nak menunjuk kat sapa-sapa
Kalau nak menunjuk pun sapa nak heran ke kita
Lebih dari kita pun orang boleh belanja
Cuma nak seronok suka sesama keluarga
Asalkan tak salah syariat Allah Taala.
Kita dah berusia nak seronok tera mana
Takkan nak cucuh bunga api meriam buluh meriahkan suasana
Tengok budak-budak pun dah berlinang airmata
Teringat zaman kita budak-budak tak tau apa-apa
Mak bapak dalam perut dok bergelora
Dok pikir nak dapat duit tang mana
Barang kemas habis semua tinggal lengan saja
Kedai pajak pi jugak buat tebal muka
Itulah pengorbanan kedua ibu bapa.
Masa buka posa Abang Ad teringat aruah bapa yang telah tiada
Nasi ulam sayur keladi hari-hari pun tak apa
Masa nak suap tak sedar airmata jatuh keriba
Bapa hidup susah tapi bersyukur dengan apa yang ada
Semua diterima dengan hati terbuka
Amal ibadat tak pernah alpa.
Beraya dulu-dulu tak serupa la
Nak dapat duit raya kena makan hidangan depan mata
Jamu budak-budak dapat berkat orang tua-tua kata
Lepas makan bersalam biar sempurna
Orang la la main senang semua
Sua duit kot tingkap, budak-budak pun cempera.
Lepas bersolat kunjung mengunjung jiran tetangga
Bab makan tu taklah setera mana
Cuma nak erat hubungan mesra.
Abang Ad nak makan pun kena tengok jenis juga
Bukan tak sudi bukan menghina, bukan tekak tak terima
Macam-macam penyakit dah dok ada
Orang sibuk-sibuk gula nak beli tang mana
Abang Ad banyak stok sampai terlebih pula!
Tapi syukur masih boleh dok kawal dok jaga.
Kedua belah tangan Abang Ad hulurkan
Ampun maaf kalau ada kesalahan
Kita ni semua hamba Tuhan
Silap salah jangan disimpan
Bersama kita bermaaf-maafan
Panjang umur jumpa lagi tahun depan.
Salam Aidilfitri dari Abang Ad sekeluarga.
Ramadhan - Syawal 1430
No comments:
Post a Comment