Wednesday, August 12, 2009

LETER-LETER DRAMA (19)


YANG BAIK JADIKAN TELADAN.

Jika anda membuka web orang putih, sebagai contoh: http://
www.moviescriptsandscreenplays.com/ berlambak-lambak contoh skrip filem popular yang telah ditayangkan dipaparkan disitu. Ada antara skrip disitu ditandakan : For Educational Purposes Only.

Lihatlah bagaimana sikap orang putih dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Mereka bangga kalau mereka dapat menyebarkan ilmu untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada orang lain. Mereka rasa apa yang mereka tahu mesti dikongsi bersama orang lain.

Bagaimana pula sikap kita? Kalau anda nak tengok contoh-contoh skrip filem P. Ramlee, Mat Sentul atau filem-filem lama juga filem-filem baru seperti filem Jins Shamsuddin, Yusof Haslam, Erma Fatima, Aziz M. Osman dan lain-lain bolehkah anda dapat melalui laman web?

Tidak tahulah samada skrip-skrip tersebut tidak mendapat kebenaran untuk disiarkan atau tiada pihak yang mengusahakannya.

Kalau tidak mendapat kebenaran syarikat filem, perkara ini adalah sesuatu yang ketinggalan zaman. Sikap kedekut ilmu adalah sesuatu yang sudah lama berlalu.Dengan penyiaran contoh skrip didalam laman web dapat memberi publisiti dan menarik minat ramai penulis untuk mencipta skrip yang lebih bermutu.

Kalau tidak ada pihak yang mengusahakannya,“kepala-kepala” pihak yang bertanggung jawab secara langsung berkaitan hal-hal ini perlu dicantas dan digantikan dengan yang baru; yang lebih dinamik dan berwawasan!

Bila berbicara mengenai mutu filem Melayu, banyak perkara negatif yang dilabelkan terhadap industri tersebut. Apakah punca dan masalahnya? Selain daripada beberapa faktor ialah mutu penulisan skripnya. Jika kelompok yang sama juga menulis tentulah hasilnya juga tidak banyak berbeza.

Lihatlah orang putih yang tidak pernah takut skrip mereka diciplak. Filem telah lama ditayangkan; semua orang tahu tentang cerita tersebut kenapa pula harus takut tentang ciplakan!

Penyiaran contoh-contoh skrip filem dilaman web amat berguna untuk bakat-bakat baru menjadikannya sebagai panduan untuk mereka menulis. Sebagai bakat baru mereka tercari-cari ruang untuk belajar menulis. Memang ada ruang-ruang lain bagi mereka untuk menimba ilmu, tapi bagaimana bagi yang tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar?

Usaha Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengadakan bengkel-bengkel penulisan skrip filem amatlah dihargai. Namun dalam masa yang sama Karyawan juga perlu mencadang dan mendesak pihak-phak tertentu supaya mengusahakan penyiaran contoh skrip dilaman web. Atau dengan kepakaran yang ada, Karyawan sendiri yang mengusahakannya. Kita harus bergerak maju seiring dengan orang lain. Kita tidak perlu lagi kedekut dan mengamalkan sikap ketinggalan zaman. Biarlah skrip-skrip kita bertebaran keseluruh dunia dan dibaca oleh mereka yang memahaminya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails