WADI UNUNG : DRAMA BERSIRI MENARIK 2009.
SEPANJANG Ramadhan lalu, Abang Ad meluangkan masa sambil menunggu waktu berbuka menonton drama bersiri Wadi Unung yang disiarkan sebanyak 26 episod melalui saluran Astro. Buah tangan Raja Ahmad Alauddin tersebut bagi Abang Ad adalah menarik dari segi idea, teknik penggambaran dan juga lokasi ditambah pula dengan lakunan dari pelakun-pelakun hebat pilihan Raja Ahmad Alauddin. Lokasi sekitar Gunung Keriang, Kedah dan Padang Besar, Perlis memang kelihatan indah dan menarik hasil garapan kreativiti Raja Ahmad Alauddin.
Lakunan yang dijayakan oleh Faizal Yusuf, Intan Azura, Eja, Yalal Chin, Zakaria Ariffin, Maimon Mutalib dan lain-lain memang cukup berkesan.
Sekalung tahniah kepada pelakun-pelakun membawa watak dengan berkesan sekali. Namun lakunan Eja nampak seperti ada kekurangan kerana intonasi suaranya kadangkala seperti dibuat-buat. Lakunan pelakun-pelakun veteran berpengalaman seperti Yalal Chin, Zakaria Ariffin dan Maimon Mutalib memang tidak dinafikan kehebatannya. Ternyata mereka adalah pelakun-pelakun hebat yang boleh membawa apa saja watak diberikan kepada mereka. Mereka adalah sebahagian aset bagi industri lakunan tanahair.
Drama tersebut memapar kesetiaan persahabatan, cemburu, dilema cinta dan kasihsayang terhadap ibu bapa dan orang tua.
Cerita berkisar terhadap dua orang sahabat karib yang berkawan sejak kecil hingga dewasa sanggup berkongsi susah senang hinggakan kadangkalanya seolah-olah sanggup mengabaikan hal-hal lain hinggakan menimbulkan rasa cemburu terhadap ibubapa masing-masing.
Olehkerana terlalu mengambil berat terhadap Fatihah, ibu Azrin bermasam muka dengan ibu Fatihah dengan menuduh Azrin terlalu mengambil berat terhadap Fatihah dan ibubapanya hinggakan mengabaikan ibubapanya sendiri.
Kisah cinta terpendam Nazir terhadap Azrin dan sebaliknya juga dipaparkan dengan gaya yang cukup menarik.
Cerita ini pada pengamatan Abang Ad bergantung kepada tujuh watak yang semuanya memainkan peranan utama bagi menguatkan drama tersebut. Watak-watak selain Azrin dan Fatihah ialah Pak Man, Mak Mah, Pak Husin, Mak Nah dan Nazir.
Konflik Wadi Unung akan dimusnahkan oleh pemilik tanah juga menarik perhatian penonton ternanti-nanti episod seterusnya.
Namun apa yang agak mengecewakan Abang Ad sebagai penonton, drama tersebut terlalu banyak memaparkan flash back yang berulang-ulang. Perkara tersebut memang menjemukan penonton kerana seolah-olah drama tersebut mahu dipanjangkan dengan paparan teknik flash back.
Flash back memang perlu untuk menguatkan cerita dan pemahaman penonton terhadap sesuatu cerita. Tetapi jika terlalu banyak dan adakalanya seolah-olah disengajakan, ianya menjemukan!
Kita bukan hendak kondem hasil kerja orang lain kerana hasil kerja kita juga belum tentu baik! Tetapi sebagai penonton, rasanya kita berhak untuk memberi komen apatah lagi kita menonton secara berbayar! Seperkara yang harus kita ingat, hasil kerja sesiapa pun pastinya tidak seratus peratus sempurna. Kita cuma insan yang lemah...
Crony Capitalism Is Coming to America
-
Business success may increasingly depend on connections, not competence.
19 minutes ago
No comments:
Post a Comment