Tuesday, January 27, 2009

LETER-LETER DRAMA (8)

TULIS DRAMA UNTUK RTM?

RTM menerusi radionya yang satu ketika dulu berjenama Radio Malaysia Kuala Lumpur, kemudian bertukar ke Rangkaian Nasional kemudian Radio Satu dan bertukar pula ke Klasik Nasional sebenarnya sudah hilang bisa dan identitinya.

Suatu ketika dulu radio RTM cukup meriah dengan siaran drama dan pelbagai rancangan berinformasi. Radio RTM seolah-olah kalah dalam bersaing dengan rangkaian radio swasta. Namun begitu Abang Ad yakin, radio RTM masih mempunyai peminatnya tersendiri.

Bagi Abang Ad kalau sekadar nak menyiarkan lagu-lagu lama atau baru, tidak ada apa istimewanya. Yang istimewanya kalau ada siaran drama. Sebabnya rangkaian radio lain tidak menyiarkan rancangan drama. Kalaupun ada menyiarkan drama, contohnya Radio Era tetapi untuk masa tertentu dan selepas itu tiada lagi siaran dramanya. Kalau RTM kekalkan identitinya dengan drama sepanjang masa, itulah RTM sebenarnya.

Tapi kita masih bersyukur kerana RTM menerusi rangkaian Klasik Nasional masih mengekalkan rancangan Panggung Drama pada setiap hari Ahad. Cuma masa siarannya diubah jam 12.30 tengahari dengan jangkasamasa 30 minit berbanding dulu 45 minit.
Selain itu Klasik Nasional juga ada menyiarkan drama bersiri Katarsis selama 15 minit setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu jam 1.45 tengahari.

Itu sajalah ruang dan peluang untuk penulis menghantar skrip. Abang Ad ambil kesempatan disini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada RTM kerana prihatin terhadap rancangan drama. Jika tidak tentu idea-idea yang ada pada penulis-penulis skrip drama radio berkarat dan berkubur begitu saja.

Menulis skrip sebenarnya memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Selain itu kita perlu banyak belajar teknik-teknik terbaru agar kita tidak dilabelkan sebagai penulis ketinggalan zaman. Tetapi untuk belajar menulis secara percuma apatah lagi melalui laman blog memang susah. Kebanyakan blog yang ditulis oleh bloggers Malaysia yang Abang Ad jumpa lebih cenderung menulis hal-hal politik. Ada yang memberikan informasi tentang keagamaan, tetapi tetap diselitkan hal politik! Informasi ilmiah jarang diperolehi melalui blog kecuali melalui website. Namun informasi mengenai penulisan skrip drama beserta contoh skrip yang lengkap sukar juga ditemui!

Menulis skrip juga memerlukan pembaharuan. Penulis perlu mencari idea-idea baru yang boleh menarik perhatian pendengar. Cerita yang dipersembahkan tidak perlu meleret-leret dan tidak membebankan fikiran pendengar. Pendengar hanya mahukan hiburan dan serba sedikit pengetahuan dan pengajaran.

Jadi apa ditunggu lagi, komputer didepan mata, idea tersarat dikepala, tulislah skrip untuk dijadikan drama, kalau tersiar dapatlah sekupang dua!

Selamat menulis dan selamat maju jaya.

1 comment:

Anonymous said...

Join tulis skrip bang.. call me www.jangantegur.com

Related Posts with Thumbnails