ADAKAH ORANG YANG BACA BLOG ABANG AD?
Itu adalah soalan dari seorang kawan Abang Ad. Kawan tersebut hampir sepuluh tahun terputus hubungan dengan Abang Ad. Katanya dia terjumpa blog Abang Ad ketika dia membuka blog Kedahlanie. Lalu dia menghubungi email Abang Ad meminta nombor telefon.
Sesudah itu kami membuat temujanji untuk berjumpa di Pekan Pendang, Kedah.
Dia agak terkejut bila melihat Abang Ad menunggang motosikal Jaguh. Katanya macam orang muda. Abang Ad kata padanya, tidak salah kalau kita berjiwa muda, kerana muda itu adalah lambang kekuatan, bersemangat tinggi dan tahan menghadapi cabaran. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu akur bahawa kita ini telah tua. Jadi jangan kita lupa tentang amalan dan bekalan untuk menghadap Allah, tanggungjawab terhadap anak isteri dan ibubapa jika mereka masih ada. Disamping itu kita jangan lupa berbaik-baik dengan jiran-jiran dan kawan-kawan. Kita layanlah mereka sekadar yang termampu. Kalau mereka perlukan pertolongan, tolonglah mereka jika kita mampu.
Kami bertemu disebuah kedai makan. Kawan Abang Ad makan nasi ayam. Abang Ad makan makanan kegemaran Abang Ad, koteow goreng dan minum teh O suam.
Kami bercerita panjang. Dari zaman persekolahan hinggalah tentang anak pinak.
Dalam pada itu dia banyak bertanya tentang karier dan minat Abang Ad dalam bidang penulisan. Satu soalan cepumas yang dia tanya: Adakah orang yang membaca blog Abang Ad atau Abang Ad sekadar syok sendiri?
Abang Ad kata padanya: Abang Ad tak kisah kalau tak ada siapa yang minat untuk membaca blog Abang Ad. Memang blog Abang Ad tak cantik. Abang Ad tak pandai nak buat dekorasi. Tapi Abang Ad berasa puas kerana telah tercapai hajat untuk mendedahkan segala ilmu penulisan sekadar termampu melalui blog. Mana tahu kalau-kalau ada sesiapa yang sedang tercari-cari contoh skrip drama serta bimbingan cara-cara menulis, terjumpa blog Abang Ad. Sebabnya beberapa tahun lalu, ada seorang pelajar USM sanggup datang dari Pulau Pinang berjumpa Abang Ad minta salinan skrip drama radio untuk tujuan kajian pengajiannya. Jadi dengan cara begini, sesiapa saja boleh buat salinan tanpa perlu datang berjumpa Abang Ad.
Kawan Abang Ad termenung seketika. Lalu dia berkata: Begini rupanya jiwa orang seni! Biarpun tak ada orang yang baca, tetap menulis selagi jiwa bergelora!
Tak guna kita kedekut ilmu.
ILMU YANG ADA PADA KITA TIDAK AKAN LUAK ATAU HABIS WALAUPUN KITA BERIKAN KESEMUANYA PADA ORANG LAIN MALAH IANYA AKAN BERTAMBAH! (Ini adalah kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah)
Liverpool increase title pressure on Man City with thrilling Southampton
comeback
-
*Southampton 2-3 Liverpool: *Mohamed Salah struck twice as the Reds went
eight points clear at the top
38 minutes ago
No comments:
Post a Comment