Saturday, January 17, 2009

LETER-LETER DRAMA (6)

BAGAIMANA ABANG AD DAPAT IDEA UNTUK MENULIS?

Semasa Abang Ad dirawat disebuah hospital swasta di Alor Star (masalah usus tersumbat)pada 21 hingga 23 Disember 2008, seorang sahabat yang menziarahi Abang Ad bertanya:Duduk dalam bilik macam bilik hotel, boleh bawa anak isteri tinggal bersama, takkan tak boleh dapat idea menulis kot? Jawab Abang Ad: Dalam keadaan sakit dan tidak selesa, idea apa pun tak boleh datang. Nasib baik ada isteri dan tiga orang anak menemani Abang Ad sepanjang dirawat. Apa-apa berita pun cuma bertanya pada anak yang melayari internet. Idea datang pun tenggelam timbul akibat menahan kesakitan!

Memang benar, dalam keadaan sakit dan tidak selesa memang kita tidak boleh mendapat apa-apa idea. Tetapi setelah kita sihat, memang kita banyak dihujani idea.

Tetapi bagi Abang Ad, idea memang boleh datang pada bila-bila masa. Kadang-kadang masa kita berbual dan bergurau, berloyar buruk dengan kawan-kawan, idea boleh datang pada ketika itu. Ada kalanya melalui pembacaan. Bila sampai disuatu ayat yang memikat dari segi bahasanya yang puitis, Abang Ad akan catat ayat tersebut. Kadang-kadang duduk seorang diri dikedai kopi, tidak bercakap dengan sesiapa pun, tapi orang duduk disebelah meja, bersembang dan bercerita sakan, Abang Ad pasang telinga, kalau-kalau ada yang menarik, Abang Ad akan catat.

Pendikata, Abang Ad akan guna buku catatan yang mudah dibawa, buku kecil saja, saiz buku 555 sentiasa ada dalam poket bersama sebatang ballpoint. Abang Ad akan catat apa saja yang Abang Ad rasa tertarik. Kadang-kadang masa memandu atau menunggang motosikal, kalau ada kenderaan yang langgar lampu isyarat pun, Abang Ad akan catat nombor kenderaannya lengkap dengan tempat, tarikh dan masanya sekali!

Maknanya catatan adalah penting. Bila kita mendapat sesuatu idea, kita perlu catatkan idea tersebut untuk menghindarkan kita dari terlupa. Daripada catatan tersebut kita bina kerangka cerita. Kita bina plot dan babak. Conteng-conteng pun tak apa. Culang caling pun tak apa. Semuanya kita boleh susun kemudian. Itulah cara Abang Ad mendapat atau mencari idea untuk menulis.

Selamat menulis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails