Sunday, March 28, 2010

LETER-LETER DRAMA (26)


NAK TULIS KISAH BENAR?

Beberapa orang menghantar e-mail kepada Abang Ad bertanyakan bolehkah kita menulis skrip berdasarkan kisah benar? Mana lebih mudah kisah benar dengan kisah "tidak benar"? Bagi Abang Ad, kisah benar cuma mudahnya kita tidak perlu lagi mencari cerita. Kita cuma perlu membuat dialog saja sebab ceritanya sudah ada. Tapi cerita yang kita reka sendiri, perlu cari cerita dulu.

Kisah benar ini terbahagi kepada dua kategori. Satunya cerita sejarah. Tak kisahlah sejarah itu yang melibatkan biografi seseorang atau peristiwa. Satu lagi yang melibatkan individu atau sesuatu keluarga.

Susah juga nak menulis dialog dan mengusun babak cerita begini kerana jika tersilap dari fakta, rosaklah cerita kita. Cerita begini perlu penyelidikan yang rapi.

Satu lagi perlu dapatkan persetujuan pihak tertentu atau orang berkenaan, itu baru elok. Kalau kita buat cerita mengenai individu atau sesuatu keluarga, mereka tidak bersetuju, macamana? Risikonya amat tinggi. Jangan cari pasal!

Dalam apa cerita yang kita buat, Abang Ad nasihatkan supaya kita tidak memasukkan unsur fitnah. Kalau pun ada kisah buruk mengenai seseorang itu, seeloknya tak perlulah kita tonjolkan kerana yang baiknya juga masih banyak.

Walaupun kita membuat cerita yang "biasa-biasa" perlulah kita elakkan perkara yang menyindir atau menabur fitnah terutamanya terhadap individu yang dikenali ramai, pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan yang sah, jabatan-jabatan kerajaan dan seumpamanya. Banyak lagi cerita lain yang boleh kita tonjolkan untuk menghiburkan orang ramai. Kalau kita nak membuat teguran melalui drama pun, buat cara "ibarat menarik rambut didalam tepung". Semuanya ini memerlukan kreativiti yang tajam.

Selamat menulis dan semoga berjaya. Abang Ad sentiasa menyokong usaha-usaha anda yang baik.

2 comments:

مسافر_اسلام said...

Salam abang ad, apa kbr?
salam bersua, jalan2 singgah ziarah blog ini.

Bagus jika penulisan skip di perkembangkan dengan ana muda ya, tp tak semua yang minat.

Semoga usaha demi usaha mendapat keberkatan Allah.

Wasalam

mohamadkholid said...

salam... mungkin abang ad boleh salurkan masa siaran drama-drama radio RTM negeri-negeri

Related Posts with Thumbnails