Wednesday, December 24, 2008

LETER-LETER DRAMA (4)


MENULIS SKRIP DRAMA RADIO UNTUK RTM?

Abang Ad banyak menerima email dari rakan-rakan dan pembaca yang berminat untuk menulis skrip drama radio untuk RTM. Ini menunjukkan bahawa RTM memang masih diminati. Tetapi buat masa sekarang RTM dengan dasar pengurangan siaran drama, Abang Ad pun rasa kecewa juga. Apa yang diharapkan supaya RTM dapat mengkaji semula dasar tersebut demi memberi peluang kepada penulis-penulis Malaysia yang cukup berbakat serta ingin menyumbangkan idea mereka terhadap RTM. Tetapi tak apalah, Abang Ad akan cuba turunkan serba sedikit apa yang Abang Ad tahu tentang penulisan skrip drama radio RTM.

Cadangan untuk menghasilkan drama-drama bermutu dan menuju perubahan.

RTM sebagai media rasmi kerajaan, maka kita tidak dapat elak untuk mematuhi beberapa panduan dan prosedur supaya skrip kita diberi perhatian atau menjadi pilihan penerbit. Ini adalah perkara biasa. Untuk menulis disesuatu stesyen radio atau TV, penulis perlu mengetahui konsep dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Penulis perlulah memilih topik-topik semasa. Untuk mendapat maklumat mengenai topik yang dimaksudkan, penulis perlulah:

  1. Membaca lidah pengarang dari akhbar-akhbar tempatan.
  2. Membaca buku-buku saikologi kanak-kanak, buku-buku keagamaan dan lain-lain buku bersesuaian dengan keadaan hidup ketimuran kita.
  1. Bahasa dalam skrip jangan terlalu rendah (bahasa pasar) dan jangan terlalu tinggi seperti bahasa sastera atau persuratan. Seeloknya gunakan bahasa perbualan harian.
  1. Jangan selalu masukkan watak mendatang kerana ini akan menimbulkan kekeliruan jika drama tersebut adalah drama bersiri yang mana watak-wataknya adalah watak tetap.
  2. Jangan sebutkan nama-nama jenama barangan seperti colgate, magi mee dan sebagainya.
  1. Penulis perlu mengetahui dengan tepat kempen-kempen semasa kerajaan seperti kempen anti merokok, pemakain tali pinggang keledar dan sebagainya.
  2. Dalam memaparkan kisah-kisah masyarakat, ada eloknya kita memaparkan idea-idea baru dan memikir selangkah kehadapan untuk maju.

Kesilapan-kesilapan biasa yang sepatutnya tidak berlaku.

  1. Menyentuh keangkuhan dan kezaliman ketua masyarakat, penghulu, imam, JKKK dan lain-lain pemimpin masyarakat atau sesuatu organisasi berkaitan kerajaan.
  1. Perwatakan bukan Melayu yang bertutur ala Cina atau India seperti, “Lu mau pegi mana?” atau “ Ayooo…ayooo aci, saya punya anak banyak tara guna”. Harus diingat bahawa radio ialah satu alat sebaran am yang berkesan kepada setiap pendengarnya yang ingin bertutur Bahasa Melayu sebenar.
  1. Menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa pasar yang tidak begitu sedap didengar umpamanya: hidup macam raja, tok imam kaki kelentong dan lain-lain.
  1. Menimbulkan babak-babak yang mana anak-anak tidak menghormati ibu bapa atau orang-orang tua. Jika perlu diadakan babak begini, hendaklah diikuti dengan saranan yang membina, umpamanya anak derhaka akan menerima balasan yang tidak baik akhirnya dan kesal atas perbuatannya.

Kalendar RTM

Kalendar yang dimaksudkan ialah peristiwa-peristiwa penting yang dirayakan

samada diseluruh dunia atau peringkat negara samada ianya berlaku sekali sahaja atau berulang-ulang setiap tahun. Antaranya ialah:

  1. Sambutan Tahun Baru – 1 Januari.
  2. Hari Alam Sekitar – 5 Jun
  3. Hari Kusta – 29 Jun
  4. Hari Tentera Laut – 1 Julai
  5. Hari Pahlawan – 31 Julai
  6. Hari Sastera – 1 Ogos
  7. Hari Peladang – tarikh mungkin berubah
  8. Hari Ibu
  9. Hari Bapa
  10. Hari Jururawat – 12 Mei
  11. Hari Belia – 15 Mei
  12. Hari Guru – 16 Mei
  13. Hari Telekom Sedunia – 17 Mei
  14. Hari Tanpa Merokok
  15. Hari Wanita – 25 Ogos
  16. Hari Kebangsaan – 31 Ogos
  17. Hari Angkatan Tentera – 16 September
  18. Hari Kanak-kanak Sedunia – 1 Oktober
  19. Hari Bangsa-bangsa Bersatu – 24 Oktober
  20. Nisfu Syaaban
  21. Musabaqah Membaca Quran
  22. Awal Ramadhan
  23. Nuzul Quran
  24. Hari Raya Puasa
  25. Hari Raya Haji
  26. Hari Keputraan Nabi S.A.W
  27. Hari Keputraan Yang Dipertuan Agong
  28. Awal Muharram
  29. Deepavali
  30. Krismas
  31. Tahun Baru Cina

Mungkin ada lagi yang tidak tersenarai. Namun itulah yang dimaksudkan kalendar RTM. Penulis perlu menulis sesuatu berkaitan hari-hari tertentu. Jika memilih untuk mengutarakan berkaitan Awal Ramadhan maka didalam skrip perlu dimasukkan fadilat puasa, sembahyang terawih, lailatul qadar, zakat fitrah dan sebagainya secara bersahaja tetapi tepat.

Alamat Penerbit.

Unit Drama Radio RTM

Jabatan Penyiaran Malaysia

Wisma Radio, Angkasapuri

Peti Surat 11272

50740 Kuala Lumpur.

Menulis skrip untuk RTM memang menyeronokkan. Selain bayaran yang agak lumayan, penulis dapat mempelajari banyak perkara berkaitan penulisan kerana ada dikalangan penerbit-penerbit di RTM yang cukup prihatin terhadap tugas mereka dan sanggup memberikan pandangan dan bimbingan kepada penulis demi untuk memantapkan rancangan terbitan mereka. Jika ada kesempatan, penulis juga akan diberi peluang untuk melihat rakaman yang dijalankan distudio. Tahniah kepada penerbit di RTM!

Al Faqir Ilallah

NASIR BIN AWANG.

No comments:

Related Posts with Thumbnails