Friday, December 5, 2008

LETER-LETER DRAMA (2)

SKRIP DAH SIAP, KEMANA NAK HANTAR?

Ini adalah persoalan penting. Skrip semuanya sudah lengkap. Ceritanya menarik.
Babak-babak tersusun rapi. Dialog-dialognya kemas. Ayat-ayat dan perkataan yang ditaip sudah berkali-kali disemak. Semuanya tiada kesilapan ejaan. Pendeknya, kita sudah puashati dengan skrip yang dihasilkan. Kita yakin, skrip tersebut jika dihantar kemana-mana penerbit, pasti akan jadi pilihan penerbit. Tetapi kepada penerbit mana yang nak dihantar? Kita tidak kenal penerbit. Penerbit lagi-lagilah tidak kenal kita.

Dalam hal ini kita perlu berhati-hati. Berhati-hati bersungguh-sungguh. Jangan terlalu ghairah untuk menghantar atau memberikan skrip kita kepada mana-mana penerbit swasta. Mungkin pada pandangan mereka, skrip kita tidak kemas, susunan dan olahannya tidak memenuhi citarasa mereka. Tetapi perlu diingat, idea dan jalan cerita skrip kita mungkin menarik. Disinilah kita perlu berhati-hati. Suatu masa nanti kita akan tonton sebuah cerita yang sebiji macam skrip yang pernah kita hasilkan. Cuma latar tempat, nama-nama watak, babak-babak sedikit bertukar.
Kalau perkara itu terjadi, apa yang boleh kita buat? Sekadar geram dan maki hamun?
Apa kita dapat?

Kalau kita hantar kepada penerbit di RTM, risiko tersebut mungkin tidak ada atau kecil. Tetapi RTM sekarang pun sudah tidak terbit lagi drama tv kecuali untuk sambutan perayaan tertentu atau untuk sesuatu rancangan khas. Jadi fokus kita ialah penerbit swasta.

Cerita tentang penerbit swasta, Abang Ad ada banyak pengalaman. Skrip filem lesap dan setahun dua lepas itu, keluar cerita tapi dengan nama-nama watak yang berubah dan ditokok tambah sana sini untuk memadamkan idea asal. Skrip filem rencana juga jadi macam tu. Skrip iklan untuk kempen pelaburan juga jadi mangsa.

Kalau macam tu pada siapa kita nak percaya? Skrip kita nak bawa kemana?

Seeloknya kita siasat tu tentang sesebuah syarikat penerbitan itu. Syarikat besar yang boleh dipercayai atau syarikat bilis tetapi berperangai ular sawa. Siapa pemiliknya, malaun ka atau orang-orang beriman. Kalau kita ada skrip jangan terus berikan pada mereka. Kita boleh tulis surat, hantar email, telefon dan jumpa serta bincang dulu dengan mereka. Jangan kita jadi mangsa penipuan dan putarbelit mereka.

Penerbit swasta sepatutnya memahami hasil usaha jerih payah seseorang penulis. Tetapi duit punya pasal, perkara itu semuanya diketepikan. Mereka mengaut untung atas titik peluh orang lain. Kita nak saman pun kadang-kadang bukti yang ada pada kita tidak kukuh.

Abang Ad teramat kecewa dengan perkara tersebut. Sebab itulah Abang Ad cukup tawar hati untuk menulis dengan aktif sekarang ni. Abang Ad akan menulis kalau ada kawan-kawan yang dipercayai meminta Abang Ad menulis. Perkara penipuan dan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain amat mengguris hati dan perasaan Abang Ad. Abang Ad terguris sungguh-sungguh. Rupanya ada orang sanggup perlakukan demikian terhadap sesama insan yang memperjuang dan mempertahankan industri seni. Semuanya terpulanglah kepada Allah Taala menentukannya. Kita berjumpa di Yaumul Mahsyar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails