Abang Ad akan cuba memasukkan contoh-contoh skrip drama radio dan tv karya Abang Ad yang pernah disiarkan di RTM. Mungkin drama tersebut bukanlah terbaik tetapi tujuan Abang Ad ialah untuk memberi ilmu kepada mereka yang ingin belajar menulis skrip. Sebabnya kalau web di Malaysia tidak ada contoh penuh skrip drama. Kalau ada pun mestilah masuk kursus dan berbayar. Kenapa orang Malaysia kedekut ilmu? Tapi kalau anda buka web orang putih, berlambak contoh skrip filem popular yang boleh anda baca dan belajar secara percuma.
Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri pun tidak mengambil inisiatif untuk menyiarkan contoh penuh skrip filem atau drama yang boleh dipelajari oleh bakal penulis. Kenapa kita jadi begini? Insyaallah Abang Ad akan tolong anda yang ingin belajar menulis skrip drama. Abang Ad tak mampu nak menaip semula skrip-skrip tersebut. Cuma Abang Ad akan "scan" sahaja skrip-skrip tersebut yang mana ia agak kelabu dan sukar untuk dibaca. Tetapi bagi orang yang kreatif dan berminat didalam penulisan, itu bukanlah soalnya. Tanpa sebarang kursus, hanya dengan pembacaan dan sedikit tunjuk ajar, dia sudah boleh menulis dengan baik asalkan ada idea. Dia bukan hendak membaca isi cerita didalam contoh skrip. Apa yang dia mahu hanyalah contoh dan teknik yang boleh diikuti. Abang Ad yakin anda boleh! Abang Ad doakan semoga anda berjaya. Abang Ad bangga kalau anda jadi penulis yang prolifik.
الهام دويري تابري
-
#redirect
*New page*
#REDIRECT [[ Elham Dwairy Tabry]]{{R from alternative language|ar|en}}
15 minutes ago
No comments:
Post a Comment